Mazmur 105:1-2 (AVB) Bersyukurlah kepada TUHAN, serulah nama-Nya; beritahulah bangsa-bangsa tentang perbuatan-Nya. Menyanyilah untuk-Nya, nyanyikan mazmur untuk-Nya; katakanlah segala hasil kerja-Nya yang menakjubkan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Beritahulah perbuatan-Nya" Mazmur 105 kisah singkat sejarah bangsa pilihan TUHAN, pemazmur mengajak supaya memberitahu kebaikan TUHAN kepada bangsa-bangsa. Tuhan Yesus juga bersaksi tentang isi hati Bapa di syurga ketika mengajar dan berkhutbah. Mari kita belajar memberitahu perbuatan-Nya iaitu kebaikan TUHAN yang pernah kita alami kepada orang lain. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.9.2023.

Comments

Popular Posts