Mazmur 90:10 (AVB) Hidup kami hanyalah tujuh puluh tahun – dan jika kerana kekuatan usia kami mencapai lapan puluh tahun; tiada kemegahannya kecuali penat lelah dan sedih pilu, kerana sebentar sahaja nyawa pun diragut lalu kami melayang pergi. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tujuh puluh tahun" Pemazmur mengakui hidup manusia singkat hanya tujuh puluh tahun kalau ada kekuatan mencapai lapan puluh tahun, penat lelah sedih pilu yang dialami oleh manusia. Tetapi Tuhan Yesus memberi kehidupan selama-lamanya (Yohanes 6:51). Mari kita belajar percaya kepada Tuhan Yesus supaya ada kehidupan selepas umur tujuh puluh tahun. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 3.9.2023.

Comments

Popular Posts