Mazmur 107:33-34 (AVB) Dia menukar sungai menjadi gurun, dan mata air menjadi tanah kering, tanah yang subur menjadi tandus, kerana kezaliman mereka yang tinggal di situ. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan, hari ini saya berkongsi tentang "Tanah yang subur menjadi tandus" Pemazmur percaya tanah yang subur menjadi tandus disebabkan kezaliman orang tinggal di situ. Alam bertindak balas dengan perbuatan manusia. Tuhan Yesus memberi damai sejahtera supaya hati manusia tenang tidak ada kekejaman. Mari kita belajar supaya tidak menjadi kejam sebab tanah subur menjadi tandus kerana kekejaman. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.9.2023.

Comments

Popular Posts