Mazmur 106:1-2 (AVB) Pujilah TUHAN! Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya; kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya.
Siapa yang dapat menyebutkan perbuatan-perbuatan TUHAN yang hebat, siapa dapat mengisytiharkan seluruh puji bagi-Nya?
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kasih-Nya kekal selama-lamanya" Mazmur 106 kisah sejarah bangsa pilihan TUHAN, tentang bagaimana mereka berbuat dosa tetapi TUHAN tetap mengasihi mereka, pemazmur percaya kasih-Nya untuk selama-lamanya. Tuhan Yesus penyataan kasih TUHAN kepada dunia. Mari kita belajar bahawa kasih-Nya kekal selama-lamanya. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 19.9.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment