Mazmur 103:11-12 (AVB) Kerana sebagaimana tingginya langit di atas bumi, demikianlah limpah kasih-Nya kepada orang yang takut kepada-Nya; sebagaimana jauhnya timur dari barat, begitulah jauhnya Dia telah membuang keingkaran kita daripada diri kita. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tingginya langit dari bumi" Pemazmur percaya kasih TUHAN sangat besar kepada mereka yang bertaubat, ibarat tingginya langit dari bumi. Tuhan Yesus mencari orang berdosa sebab kasih-Nya begitu besar kepada kita. Mari kita belajar bertaubat sebab besar kasih TUHAN kepada kita ibarat tingginya langit dari bumi. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 16.9.2023. Selamat menyambut hari Malaysia (16.9.1963-16.9.2023: 60 tahun) Sejahtera untuk mu Malaysia.

Comments

Popular Posts