Mazmur 108:1-3 (AVB) Ya Allah, hatiku teguh; aku akan menyanyi dan menggubah pujian, ya, dengan seluruh jiwaku. Bangunlah, gambus dan kecapi! Aku akan membangunkan fajar. Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN, dalam kalangan bangsa-bangsa; dan aku akan menyanyi untuk-Mu dalam kalangan umat manusia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membangunkan fajar" Pemazmur memuji TUHAN seolah-olah mahu membangunkan fajar, mungkin bermaksud awal sebelum fajar muncul pemazmur sudah mula bermuzik dan bernyanyi. Tuhan Yesus mengelar diri-Nya bintang timur yang gilang gemilang (Wahyu 22:16), sangat indah seperti muncul fajar di awal pagi. Mari kita belajar memuji TUHAN ibarat membangunkan fajar. Damai sejahtera menaungi kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 21.9.2023.

Comments

Popular Posts