Mazmur 115:13-15 (AVB) Dia akan memberkati semua yang takut akan TUHAN – baik yang berkedudukan rendah atau tinggi.
Semoga TUHAN memberimu semakin banyak keturunan, kamu dan anak-anakmu.
Semoga kamu diberkati oleh TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN memberkati baik yang berkedudukan rendah atau tinggi" Pemazmur berfikir dengan cara yang adil, tidak membezakan kedudukan rendah atau tinggi semua diberkati oleh TUHAN. Tuhan Yesus juga tidak menyesihkan orang yang rendah kedudukan dalam masyarakat. Mari kita belajar bahawa TUHAN memberkati baik yang kedudukan rendah atau tinggi. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 28.9.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment