Mazmur 110:3-4 (AVB) Kaum-Mu akan bekerja sukarela pada masa Engkau berkuasa. Dalam keindahan kesucian dari fajar pagi, Engkau memiliki kesegaran embun usia muda-Mu. TUHAN telah bersumpah dan tidak akan mungkir: “Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya, menurut peraturan Melkisedek.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Imam untuk selama-lamanya" Pemazmur bernubuat suatu hari nanti akan ada imam agung untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek. Tuhan Yesus telah memenuhi nubuatan itu (Ibrani 7:17). Kita pula adalah para imam menurut iman kepada Tuhan Yesus (1 Petrus 2:9 AVB). Mari kita belajar percaya kepada imam agung itu untuk selama-lamanya iaitu Yesus Kristus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia. 23.9.2023.

Comments

Popular Posts