Mazmur 100:4-5 (AVB) Masuklah ke pintu pagar-Nya dengan mengucap syukur dan ke pekarangan-Nya dengan pujian; bersyukurlah kepada-Nya, dan berkatilah nama-Nya. Kerana TUHAN baik, kasih-Nya untuk selama-lamanya; dan kesetiaan-Nya kekal turun-temurun, zaman-berzaman. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kasih-Nya untuk selama-lamanya" Pemazmur mengajak semua memuji TUHAN sebab kasih-Nya untuk selama-lamanya, pemazmur merasakan kasih TUHAN itu. Tuhan Yesus datang kerana kasih Tuhan yang begitu besar kepada dunia dan untuk menyelamatkan kita (Yohanes 3:16). Mari kita belajar memuji TUHAN sebab kasih-Nya untuk selama-lamanya kepada kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.9.2023. Daulat Tuanku kembara kenali Borneo bermula dari Tawau Sabah dan berakhir di Telok Melano Sarawak yang berlangsung 3-13.9.2023 berakhir hari ini.

Comments

Popular Posts