Hakim-hakim 20:46-48 (TB)  Maka yang tewas dari suku Benyamin pada hari itu seluruhnya berjumlah dua puluh lima ribu orang yang bersenjatakan pedang, semuanya orang-orang gagah perkasa.
Tetapi enam ratus orang berpaling lari ke padang gurun, ke bukit batu Rimon, dan tinggal empat bulan lamanya di bukit batu itu.
Tetapi orang-orang Israel kembali kepada bani Benyamin dan memukul mereka dengan mata pedang, baik manusia baik hewan dan segala sesuatu yang terdapat di sana. Juga segala kota yang terdapat di sana mereka musnahkan dengan api.

https://alkitab.app/v/ebbb293f4f41

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah perang saudara orang Israel. Perang ini terjadi ekoran perbuatan jahat penduduk kota Gibea iaitu kota orang Benyamin terhadap gundik orang Lewi. Mereka memperkosa gundik itu sehingga mati. Orang Israel mahu menghukum mati pelaku kejahat tersebut. Tetapi penduduk kota Benyamin tidak mahu bekerjasama, malahan mereka mengumpulkan askar mereka untuk maju berperang. Akhirnya terjadilah perang saudara yg mengorbankan lebih kurang 40 ribu orang askar. Punya ramai, hampir separuh penduduk daerah Kudat. Tuhan Yesus adalah ganti hukuman dosa manusia. Semua manusia sepatutnya dihukum mati tetapi Tuhan Yesus mengantikan tempat kita. Perang saudara suku Benyamin dan orang Israel boleh dielakkan dengan mudah kalau pelakunya dihukum. Nyawa satu orang boleh menyelamatkan orang lain sebenarnya. Itulah yang dilakukan oleh Tuhan Yesus untuk saya dan kita semua. Hari ini, mungkin kita ada dosa yg kita sembunyikan. Lebih baik tanggalkan dosa itu, sebelum dosa itu merebak  keseluruh hidup kita dan kepada orang lain. Jangan ditutupi dosa itu seperti dosa orang Gibea ditutup oleh suku Benyamin. Kesanya telah membawa kemusnahan yg sangat besar dan merugikan. Ingat baik baik dosa merugikan diri, keluarga, gereja dan negara kita.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 4.7.19 KK.

Comments

Popular Posts