1 Samuel 22:17-18 (TB) Lalu raja memerintahkan kepada bentara yang berdiri di dekatnya: "Majulah dan bunuhlah para imam TUHAN itu sebab mereka membantu Daud; sebab walaupun mereka tahu, bahwa ia melarikan diri, mereka tidak memberitahukan hal itu kepadaku." Tetapi para pegawai raja tidak mau mengangkat tangannya untuk memarang imam-imam TUHAN itu.
Lalu berkatalah raja kepada Doëg: "Majulah engkau dan paranglah para imam itu." Maka majulah Doëg, orang Edom itu, lalu memarang para imam itu. Ia membunuh pada hari itu delapan puluh lima orang, yang memakai baju efod dari kain lenan.
https://alkitab.app/v/1e572c765306
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Kita bersimpati dengan musibah yg menimpa beberapa buah bangunan di Luther Seminary, atap diterbangkan angin. Derma dalam bentuk wang sedang berjalan bermula petang kelmarin. Hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang raja Saul membunuh para imam termasuk ahli keluarga imam, sebab raja menyangkah mereka bersepakat dengan Daud melawan dia, begitu juga semua penduduk kota tempat iman itu berada turut dibunuh. Kejamkan raja Saul. Semata mata mahu mempertahankan jawatannya sebagai raja dan mahu mewariskan jawatan raja kepada anaknya dan keturunannya. Tidak dinafikan perebutan kuasa adalah punca manusia saling membunuh, hilang sudah belas kasihan, sanggup melakukan apa saja asalkan dia tetap berkuasa. Tuhan Yesus telah menjadi pemimpin sampai hari ini, walaupun Dia tidak pernah mengangkat senjata untuk meluaskan empayarNya. KerajaanNya tidak berkesudahan. Jadi kalau kita mahu kemimpin kita terus abadi dalam masyarakat contohi cara kepimpinan Tuhan Yesus. Bukan membunuh tetapi membangkitkan orang mati, bukan menghakimi tetapi mengampuni, bukan menyalahkan orang lain tetapi membawa damai sejahtera, bukan mengambil kesempatan tetapi berkobaran demi kepentingan orang lain. Puji Tuhan
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 31.7.19 KK.

Comments
Post a Comment