1 Samuel 9:20-21 (TB)  Adapun keledai-keledaimu, yang telah hilang tiga hari lamanya sampai sekarang, janganlah engkau kuatir, sebab telah diketemukan. Tetapi siapakah yang memiliki segala yang diingini orang Israel? Bukankah itu ada padamu dan pada seluruh kaum keluargamu?"
Tetapi jawab Saul: "Bukankah aku seorang suku Benyamin, suku yang terkecil di Israel? Dan bukankah kaumku yang paling hina dari segala kaum suku Benyamin? Mengapa bapa berkata demikian kepadaku?"

https://alkitab.app/v/2b4db87e59ec

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah Saul. Dikatakan dia adalah dari suku Benyamin. Ingat lagi kisah lampau suku Benyamin yg hampir pupus akibat perang saudara antara orang Israel sendiri. Tidak sangka Tuhan Bapa kita di Surga memilih seseorang dari suku Benyamin untuk menjadi pemimpin bangsa Israel. Wajarlah Saul berkata bahawa dia tidak layak sebab dia dari suku Benyamin suku terkecil dan dari keluarga yg kecil dan paling hina dikalangan suku Benyamin. Tetapi Tuhan Bapa kita di Surga tidak melihat itu sebagai halangan untuk memilih Saul. Puji Tuhan. Mungkin kita pun selalu berfikir seperti Saul, memandang rendah terhadap diri sendiri, atau  mungkin kita  memandang rendah keupayaan seseorang. Tetapi ingat Tuhan Bapa kita di Surga boleh memilih siapa saja yg dia mahu untuk dijadikan pemimpin. Setuju dengan saya? Mari kita bertaubat kalau masih cuba membatasi pekerjaan Roh Kudus dalam diri kita dan kepada orang lain dengan bermain sentiment peribadi dan latarbelakang keluarga, kampung dan suku seseorang.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 18.7.19 KK.

Comments

Popular Posts