1 Samuel 18:7-9 (TB)  dan perempuan yang menari-nari itu menyanyi berbalas-balasan, katanya: "Saul mengalahkan beribu-ribu musuh, tetapi Daud berlaksa-laksa." 
Lalu bangkitlah amarah Saul dengan sangat; dan perkataan itu menyebalkan hatinya, sebab pikirnya: "Kepada Daud diperhitungkan mereka berlaksa-laksa, tetapi kepadaku diperhitungkannya beribu-ribu; akhir-akhirnya jabatan raja itu pun jatuh kepadanya."
Sejak hari itu maka Saul selalu mendengki Daud.

https://alkitab.app/v/548d89be7816

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hujung minggu tiba lagi mesti ada saja aktiviti tuan puan itukan?  Bersambung lagi kisah raja Saul dan Daud. Dikatakan dalam fasal ini Raja Saul dengki dengan kejayaan Daud akibat daripada nyanyian para perempuan menyonsong mereka selepas berjaya dalam peperangan. Mereka membanding bandingkan kekuatan raja Saul dan Daud. Pernah anda dibanding bandingkan dengan seseorang, atau anda membanding bandingkan orang lain, atau anak anak kita, atau isteri atau suami kita, atau gembala kita atau anggota jemaat kita. Ingat baik baik, membanding bandingkan adalah permulaan kehancuran. Paling tidak kehancuran diri sendiri yg membanding bandingkan, kenapa? Sebab mesti akan timbul sakit hati dan dengki.  Raja Saul tidak terlepas dari sakit hati dan dengki, sebab perasan dengkilah menyebabkan banyak kesusahan dan kehancuran dalam hidup raja Saul. Tuhan Yesus sendiri tidak pernah membanding banding para muridNya. Betul? Jadi mari kita bertaubat kalau kita suka membanding banding orang lain.Hebatnya Daud dia tetap setia dalam semua misi perang yg diberikan oleh raja Saul. Itulah tanda orang yg disertai oleh Roh Tuhan, ada saja kejayaan dalam bidang yg dia usahakan. Puji Tuhan. Mari kita tetap fokus kepada misi amanat Agung Tuhan Yesus. Kalau kita mahu melihat penyertaan Tuhan  lakukan misi Tuhan. Seperti Daud melakukan misi perang yg dititahkan oleh raja Saul. Amin.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 27.7.19 Kudat.

Comments

Popular Posts