1 Samuel 15:18-19 (TB)  TUHAN telah menyuruh engkau pergi, dengan pesan: Pergilah, tumpaslah orang-orang berdosa itu, yakni orang Amalek, berperanglah melawan mereka sampai engkau membinasakan mereka.
Mengapa engkau tidak mendengarkan suara TUHAN? Mengapa engkau mengambil jarahan dan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN?"

https://alkitab.app/v/de7af008eb63

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah raja Saul gagal untuk kali kedua mengikut perintah Tuhan. Dikatakan raja Saul tidak membinasakan semua ternakan yg ada bersama dengan orang Amalek, walapun orang Amalek sudah dibinasakan. Sedangkan perintah Tuhan ialah musnahkan semua termasuk ternakan. Tetapi raja Saul gagal menurut perintah yg semudah itu. Tuhan Yesus dalam pelayananNya memerhatikan semua aspek dalam kehidupan manusia, seperti menerima kanak kanak yg datang kepadaNya. Jadi kita pun perlu memerhatikan semua aspek dalam pelayanan, keluarga dan masyarakat kita. Termasuk perkara yg paling mudah dilakukan, seperti meletakkan kenderaan dengan betul ditempat letak kenderaan, atau membuang sampah dalam tong sampah, atau mengucapkan selamat pagi kepada anggota jemaat dan banyak lagi perkara mudah yg kita boleh lakukan. Jangan sampai kita gagal melakukan perkara yg mudah, siapa tahu Tuhan Bapa kita di Surga sedang menguji kita, atau isteri atau suami kita sedang menguji kita. Ingat baik baik raja Saul ditolak untuk kali kedua sebab gagal melakukan perkara yg paling mudah dalam peperangan. Mari kita bertaubat lakukan perkara yg mudah dalam hidup kita. Tidak susah untuk tersenyum kepada isteri atau kepada suami atau kepada anak anak, kepada anggota jemaat, kepada pelanggan kita.  Setuju dengan saya?.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 24.7.19 KK.

Comments

Popular Posts