Hakim-hakim 19:27-28 (TB)  Pada waktu tuannya bangun pagi-pagi, dibukanya pintu rumah dan pergi ke luar untuk melanjutkan perjalanannya, tetapi tampaklah perempuan itu, gundiknya, tergeletak di depan pintu rumah dengan tangannya pada ambang pintu.
Berkatalah ia kepada perempuan itu: "Bangunlah, marilah kita pergi." Tetapi tidak ada jawabnya. Lalu diangkatnyalah mayat itu ke atas keledai, berkemaslah ia, kemudian pergi ke tempat kediamannya.

https://alkitab.app/v/6c2d3c476794

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya ingin kongsikan kisah seorang Lewi dan Gundiknya yg telah bermalam di kota orang Benyamin. Dikatakan pada waktu malam mereka didatangi oleh orang jahat daripada orang Benyamin. Mereka mengambil gundik orang Lewi itu dan memperkosa semalam malaman. Sehingga gundik itu mati. Jahatnya dan teruknya moral orang Isarel pada zaman itu. Mereka sudah terlalu jauh meninggalkan Tuhan Bapa kita di Surga. Inilah yang terjadi dalam bangsa Israel apabila tiada pemimpin. Pada zaman Tuhan Yesus moral bangsa Yahudi tidaklah seteruk zaman hakim hakim, sebab ada pemimpin agama mereka, walapun tidaklah baik sangat pun. Tetapi masih boleh mencegah perilaku yg keterlaluan. Pada zaman kita, kita bersyukur sebab kita tidak ketandusan pemimpin. Ramai yg mahu jadi pemimpin. Puji Tuhan. Jadilah pemimpin yg baik dengan menjadi  contoh yg baik. Kita pun perlu menghormati pemimpin, sebab tanpa pemimpin kita tidak boleh tidur nyenyak. Betul?
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 3.7.19. KK.

Comments

Popular Posts