Hakim-hakim 18:19-20 (TB)  Tetapi jawab mereka kepadanya: "Diamlah, tutup mulut, ikutlah kami dan jadilah bapak dan imam kami. Apakah yang lebih baik bagimu: menjadi imam untuk seisi rumah satu orang atau menjadi imam untuk suatu suku dan kaum di antara orang Israel?"
Maka gembiralah hati imam itu, diambilnyalah efod, terafim dan patung pahatan itu, lalu masuk ke tengah-tengah orang banyak.

https://alkitab.app/v/04ce9fa9fa5f

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Tebal awan hitam pagi ini di KK, tanda hujan sekejap lagi  akan turun. Hari ini saya sambung lagi kisah tentang Mikha. Dikatakan patung yg dibuat oleh ibu Mikha serta beberapa barang alat penyembahan di rumah Mikha serta orang Lewi yg telah diupah Mikha menjadi imamnya telah dirampas oleh askar suku Dan yg sedang dalam perjalanan maju berperang. Imam Mikha ikut askar suku Dan sebab telah mendengar tawaran menjadi imam untuk suku Dan. Tawaran baguskan, siapa yg tidak mahu. Dunia sentiasa menawarkan yang terbaik untuk kita, malahan Tuhan Yesus pun ditawarkan oleh kemewahan dan keagungan dunia oleh Iblis. Tetapi Tuhan Yesus menolak dan tetap fokus dengan misi Golgata. Sampai hari ini pun dunia terus meneruskan menawarkan ini dan itu kepada manusia, pangkat, kemewahan, kegembiraan bersosial, seks, kemabukan, gaji yg lumayan dan sebagainya. Ada yg sanggup meninggalkan suami atau isteri, anak anak, pelayanan dan sebagainya sebab mahu menikmati tawaran gaji yg lebih lumayan. Tetapi akhirnya tidak kemana juga. Mari kita bertaubat kalau masih terpukau dengan tawaran dunia yg mengiurkan, ingat baik baik Roh Tuhan yg ada pada kita itu lebih baik daripada roh dunia yg membinasakan.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 2.7.19 KK.

Comments

Popular Posts