1 Samuel 19:9-10 (TB)  Tetapi roh jahat yang dari pada TUHAN hinggap pada Saul, ketika ia duduk di rumahnya, dengan tombaknya di tangannya; dan Daud sedang main kecapi.
Lalu Saul berikhtiar menancapkan Daud ke dinding dengan tombaknya, tetapi Daud mengelakkan tikaman Saul, sehingga Saul mengenai dinding dengan tombak itu. Sesudah itu Daud melarikan diri dan luputlah ia pada malam itu.

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat beribadah kepada kita semua hari ini. Bersambung lagi kisah raja Saul dan Daud. Dikatakan dalam teks raja Saul ingin membunuh lagi Daud, kali ini lebih nekad, sehingga arahan rasmi telah dititahkan kepada para pegawai raja untuk memburu Daud untuk dibunuh. Pernah anda diburu? Atau berburu? Kalau berburu binatang saya fikir ramai yg ada pengalaman berburu. Tetapi kalau berburu manusia agak jarang berlaku di negara yg aman damai seperti di Malaysia. Kita dapat bayangkan betapa susahnya keadaan Daud ketika sedang diburu, mungkin makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Hidupnya tidak keruan. Sengsara hidup Daud pada masa itu. Walapun begitu Tuhan Bapa kita di Surga masih melindungi dia. Kalau kita perhatikan Mazmur Daud akan ada luahan syukur atas semua masalahnya. Puji Tuhan. Ternyata dalam kesusahan, keperitan, ketakutan, kegelisahan dan sebagainya kuasa Tuhan dinyatakan. Itulah pengalaman Daud. Karya Mazmur telah mengabadikan pengalaman Daud dalam hidupnya. Tuhan Yesus pun Pernah meluahkan isi hatiNya ketika melihat rakyat jelata dari golongan bawahan terbuka hati menerima khabar baik dan golongan bangsawan pula menolak khabar baik. Hari ini pun ceritanya sama juga, Injil mudah diterima oleh golongan bawahan berbanding golongan terpelajar dan kaya. Betulkan?. Jadi hati hati apabila kita sudah menjadi golongan terpelajar dan kaya sebab anda seperti seekor unta memasuki lubang jarum. 😂 Memberitakan Injil pun seperti perasan diburu, bukan mudah. Umpama bernyanyi tanpa lagu, seperti Daud yg diburu oleh para pegawai raja Saul. Memang perit. Tetapi dalam keperitan,  kita akan mengalami kuasa Tuhan Bapa di Surga. Mahu melihat mukjizat, mahu melihat orang bertaubat, mahu melihat lumpuh berjalan, buta melihat?. Mari kita memberitan khabar baik. Amin.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 28.7.19 Kudat.

Comments

Popular Posts