Mazmur 9:10-11 (AVB) Dan mereka yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu, kerana Engkau, ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu. Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN yang bertakhta di Sion; isytiharkan perbuatan-Nya kepada semua bangsa. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN tidak mengabaikan orang mencari-Nya" Pemazmur ketika bersedih atas kematian anaknya, dia mencari TUHAN, dia yakin bahawa TUHAN tidak mengabaikan orang yang mencari-Nya. Tuhan Yesus mengajar supaya kita meminta kepada Bapa supaya diberi (Matius 7:7). Mari kita bertekad supaya percaya TUHAN tidak mengabaikan orang yang mencari-Nya. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.6.2023.

Comments

Popular Posts