Mazmur 3:6-8 (AVB) Aku tidak akan takut kepada puluhan ribu yang bersiap sedia melawanku dari setiap pihak. Bangkitlah, ya TUHAN! Selamatkanlah aku, Ya Allahku! Palulah semua musuhku di tulang rahang mereka; patahkanlah gigi orang zalim. Daripada TUHAN datang penyelamatan. Semoga Engkau memberkati umat-Mu. Sela Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Penyelamat" Konteks pemazmur dia sedang melarikan diri daripada dibunuh oleh anaknya Absalom. Dia yakin dari TUHAN datang penyelamat sebab itu dia tidak takut. Tuhan Yesus penyelamat kita dalam semua segi kehidupan. Mari kita bertekad supaya percaya dari TUHAN datang penyelamat iaitu Yesus Kristus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 7.6.2023.

Comments

Popular Posts