Mazmur 7:14-16 (AVB) Orang yang menghamilkan kejahatan dan membenihkan kekacauan akan melahirkan kekecewaan. Orang yang menggali lubang akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya. Kekacauan yang disebabkannya akan memantul ke atas dirinya; keganasannya menimpa kepalanya sendiri. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menghamilkan kejahatan" Ketika pemazmur menghadapi kecaman dari musuh politiknya dia bermazmur kepada TUHAN, bahawa orang yang menghamilkan kejahatan menyebabkan kekacauan dan kekecewaan. Tuhan Yesus mengajar kita supaya berdamai dengan orang lain sebelum membawa persembahan kepada TUHAN (Matius 5:24). Mari kita bertekad supaya tidak menghamilkan kejahatan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 11.6.2023.

Comments

Popular Posts