Mazmur 12:1-2 (AVB) Tolonglah, ya TUHAN, kerana tiada lagi orang yang warak; orang setia telah lenyap daripada kalangan anak manusia. Mereka berkata sama sendiri tanpa keikhlasan, dengan pujian manis di bibir sedangkan hati bercabang. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tiada lagi orang warak" Pemazmur mungkin di kelilingi atau melihat dalam masyarakatnya tiada lagi orang warak. Penipu, zalim, berpura-pura dan sebagainya yang ada. Tuhan Yesus mengajar kita supaya menjadi orang yang warak / sempurna sebab Bapa kita di surga sempurna (Matius 5:48). Mari kita bertekad supaya menjadi warak walaupun tiada lagi orang warak dalam masyarakat kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 16.6.2023.

Comments

Popular Posts