Mazmur 6:8-10 (AVB) Nyahlah dari sisiku, hai kamu yang berbuat jahat, kerana TUHAN telah mendengar ratapanku. TUHAN telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan; TUHAN menerima doaku. Semua musuhku akan malu dan kecewa; mereka akan berpatah balik dalam keaiban yang tiba-tiba. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN telah mendengar ratapanku" Pemazmur yakin TUHAN telah mendengar ratapannya, lebih baik para musuh beredar sebab mereka tidak dapat melawan TUHAN. Yesus berdoa kepada Bapa supaya Dia mampu melalui penderitaan di kayu salip. Mari kita bertekad supaya yakin TUHAN telah mendengar ratapanku, damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 10.6.2023. Selamat bersidang mesyuarat Agung Paroki Sikuati hari ini di gereja PCS Jemaat Terongkongan Darat Kudat Sabah.

Comments

Popular Posts