Mazmur 24:1-2 (AVB) Bumi ini milik TUHAN dengan segala yang di dalamnya, dunia dan semua penghuninya;
kerana Dia telah mengasaskannya di atas lautan dan menegakkannya di atas perairan.
Kopovosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Bumi ini milik TUHAN" Pemazmur dan kita juga mengakui TUHAN pemilik bumi dan semua isinya, manusia hanya diberi kuasa untuk mengusahakan dan menjaga bumi (Kejadian 2:15). Tuhan Yesus mengajar dengan menggunakan alam sebagai alat mengajar seperti bunga liar, burung, gandum dan sebagainya. Mari kita bertekad supaya percaya bahawa bumi ini milik TUHAN bukan milik kita atau roh-roh jahat. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 28.6.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment