Mazmur 18:49-50 (AVB) Maka itu aku akan mengucap syukur kepada-Mu, ya TUHAN, dalam kalangan bangsa asing; dan menyanyi memuji nama-Mu. TUHAN telah memberi penyelamatan besar kepada orang yang dijadikan-Nya raja; Dia melimpahkan kasih setia kepada orang yang diurapi-Nya, kepada Daud, sampai anak cucu selama-lamanya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN penyelamat" Raja Daud sangat bersyukur kepada TUHAN sebab menyelamatkan dia daripada dibunuh ketika diburu oleh musuh, sehingga dia menjadi raja. Tuhan Yesus penyelamat kita daripada pelbagai bahaya sehingga kita di puncak jaya. Mari kita bertekad supaya percaya TUHAN penyelamat kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 22.6.2023.

Comments

Popular Posts