Mazmur 25:8-10 (AVB) TUHAN baik dan tulus; maka Dia mengajar orang berdosa jalan yang benar. Dia membimbing orang yang rendah hati dalam keadilan dan mengajar mereka jalan-Nya. Semua jalan TUHAN adalah kasih dan kebenaran bagi mereka yang berpegang kepada perjanjian dan peraturan-Nya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Jalan TUHAN" Bagi pemazmur jalan TUHAN itu adalah keadilan, kasih dan kebenaran, siapa yang berjalan pada jalan TUHAN mereka berjalan dalam keadilan, kasih dan kebenaran. Tuhan Yesus mengajar bahawa Dia ialah jalan kebenaran dan hidup kepada Bapa (Yohanes 14:6). Mari kita bertekad supaya mengikuti jalan TUHAN itu. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 29.6.2023. Salam takziah atas pemergian Adry John seorang pesakit Talasemia yang saya kenal, damai bersama Bapa di syurga.

Comments

Popular Posts