Ayub 42:10-11 (AVB) Setelah Ayub berdoa untuk sahabat-sahabatnya, TUHAN memulihkan keadaan mereka. Kemudian TUHAN menambahkan segala milik Ayub dua kali lipat ganda dari dahulu. Semua saudara lelakinya, saudara perempuannya, dan semua kenalannya yang lama datang kepadanya dan makan bersama-sama di rumahnya. Mereka turut berdukacita dan menghiburkan dia kerana segala malapetaka yang telah ditimpakan TUHAN kepadanya. Masing-masing memberi dia sekeping wang dan sebutir cincin emas. Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Ayub dipulihkan" Setelah Ayub mendengar kata-kata TUHAN dia menyesal dan merendahkan diri, tiga sahabat Ayub itu pun ditegur oleh TUHAN kerana tidak mengatakan apa yang benar tentang TUHAN. TUHAN menyuruh Ayub berdoa untuk mereka selepas itu mereka dipulihkan dan Ayub juga dipulihkan. TUHAN memberi dua kali ganda harta yang hilang, tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan yang tercantik pada zaman itu, umur Ayub sehingga seratus empat puluh tahun selepas musibah, dia sempat melihat sehingga keturunan cucu yang keempat. Tuhan Yesus sudah membenarkan kita melalui kematian-Nya (Roma 3:24-25) kita sudah dipulihkan. Mari kita bertekad supaya seperti Ayub dipulihkan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 4.6.2023. Happy Kaamatan Melbourne Australia 3.6.2023.

Comments

Popular Posts