Mazmur 5:11 (AVB) Tetapi biarlah semua orang yang bernaung kepada-Mu bersukacita; biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan. Berilah mereka perlindungan-Mu, supaya orang yang mengasihi nama-Mu dapat bersukacita dalam-Mu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Bersukacita" Pemazmur mengatakan bahawa orang yang berlindung kepada TUHAN biarlah bersukacita, atau boleh bermaksud mereka yang berlindung kepada TUHAN dia bersukacita. Tuhan Yesus mengajar kita bahawa TUHAN mahu melindungi kita seperti seekor ibu ayam terhadap anak-anaknya (Matius 23:37). Mari kita bertekad supaya bersukacita sebab berlindung kepada TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 9.6.2023.

Comments

Popular Posts