1 Samuel 27:11-12 (AVB) Daud tidak membiarkan seorang pun hidup, baik lelaki mahupun perempuan, untuk dibawa ke Gat, kerana fikirnya, “Jangan-jangan mereka mengkhabarkan tentang kami, dengan berkata: Beginilah dilakukan Daud.” Itulah kebiasaannya, selama dia menetap di daerah orang Filistin. Tetapi Akhis mempercayai Daud, kerana fikirnya, “Tentulah dia telah membuat diri dibenci dalam kalangan bangsanya orang Israel. Oleh itu, dia akan menjadi hambaku buat selama-lamanya.” https://alkitab.app/v/95f8e0ef461b Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ada kepentingan masing-masing" Kisah Daud pergi ke negeri Filistin demi menyelamatkan diri daripada buruan raja Saul, diambil peluang raja Filistin untuk menguatkan kawasanya, Daud pula mengambil kesempatan untuk menjarah kota-kota yang diserangnya untuk kepentingan diri sendiri. Walaupun tujuan raja Filistin dan Daud tidak sama mereka masih dapat bekerjasama. Tuhan Yesus mengajar kita supaya bijak dan tulus dalam pelayanan (Matius 10:16). Mari kita berubah supaya walaupun ada kepentingan masing-masing dalam pelayanan tetapi tetap harmoni dan demi kemuliaan TUHAN. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 1.11.2022.

Comments

Popular Posts