1 Samuel 24:17-18 (AVB) Katanya kepada Daud, “Engkau lebih benar daripada aku, kerana engkau telah berbuat baik terhadap aku, padahal aku berbuat jahat terhadap engkau.
Pada hari ini telah kaunyatakan bagaimana engkau berbuat baik terhadap aku. Walaupun TUHAN menyerahkan aku ke dalam tanganmu, engkau tidak membunuh aku.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Daud tidak membunuh Saul" Peluang terhidang untuk membunuh Saul dengan sekali pukulan saja, di dalam gua ketika Saul membuang air. Tetapi Daud tidak melakukan. Sebaliknya membiarkan Saul hidup. Tuhan Yesus mengajar kita supaya berbuat baik kepada musuh (Matius 5:44). Mari kita berubah supaya seperti Daud tidak membunuh Saul. Damai sejahtera untuk kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 29.10.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment