1 Samuel 20:41-42 (AVB) Setelah budak itu pergi, Daud segera keluar dari arah selatan. Dia sujud dan memberi hormat tiga kali. Mereka saling mencium dan bertangis-tangisan. Daud menangis paling kuat.
Yonatan berkata kepada Daud, “Pergilah dengan selamat, kerana kita berdua telah bersumpah demi nama TUHAN, ‘TUHAN akan ada antara aku dengan engkau, dan antara keturunanku dengan keturunanmu untuk selama-lamanya.’” Sesudah itu Daud bergegas pergi manakala Yonatan kembali ke kota.
https://alkitab.app/v/d9b111da8750
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Perpisahan Yonatan dengan Daud" Kisah persahabatan Yonatan dengan Daud dihalang oleh Saul Bapa Yonatan. Mereka berdoa bertangis-tangisan sebelum berpisah. Selepas itu mereka tidak pernah berjumpa lagi. Tetapi persahabatan mereka kekal dalam ingatan. Tuhan Yesus sahabat yang sejati bagi kita walaupun tidak pernah berjumpa secara fizikal. Mari kita berubah supaya menjaga persahabatan walaupun mengalami perpisahan seperti Yonatan dengan Daud. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 25.10.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment