1 Samuel 14:47-48 (AVB) Setelah Saul menjadi raja Israel, dia memerangi kesemua musuhnya di segala penjuru. Dilawannya Moab, bani Amon, Edom, raja-raja Zoba, dan orang Filistin. Ke mana-mana pun dia pergi, dibuatnya mereka susah. Gagah perkasa sekali segala perbuatannya menyerang orang Amalek, dan melepaskan orang Israel daripada tangan mana-mana pihak yang menjarah mereka. https://alkitab.app/v/115ce54366d8 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Saul membebaskan rakyat" Seperti yang diinginkan oleh rakyat supaya ada raja yang mengetuai mereka memerangi musuh, Saul berjaya dalam tugas itu. Tuhan Yesus memanggil kita menjadi umat-Nya supaya kita memerangi musuh iaitu dosa dalam diri kita dan jemaat. Mari kita berubah supaya seperti Saul membebaskan rakyat iaitu dosa. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 19.10.2022.

Comments

Popular Posts