1 Samuel 19:9-10 (AVB) Namun demikian, roh jahat yang diizinkan TUHAN datang lagi kepada Saul ketika dia sedang duduk di rumahnya dengan tombaknya di tangannya. Ketika Daud sedang memetik kecapi, tiba-tiba Saul berusaha menancapkan Daud ke dinding dengan tombak itu. Akan tetapi, Daud mampu mengelak sehingga tombak Saul menikam dinding sahaja. Maka larilah Daud menyelamatkan diri pada malam itu. https://alkitab.app/v/57a2b46ace2c Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari, hari ini saya berkongsi tentang "Saul berusaha membunuh Daud" Apabila roh jahat datang kepada Saul dia tiba-tiba mahu membunuh Daud. Saul tidak lagi seperti peribadinya yang sebenar. Tuhan Yesus memberi kita Roh Kudus supaya roh jahat tidak masuk dalam fikiran kita. Kalau tidak kita pun seperti Saul mahu membunuh Daud. Mari kita berubah supaya dikuasai oleh Roh Kudus supaya kita tidak seperti Saul berusaha membunuh Daud. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 24.10.2022.

Comments

Popular Posts