1 Samuel 26:23-24 (AVB) TUHAN akan membalas setiap orang menurut perbenaran dan kesetiaannya. Pada hari ini TUHAN telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba, tetapi hamba tidak mahu mencederakan orang yang dilantik TUHAN. Sebagaimana nyawa tuanku berharga di mataku pada hari ini, semoga jugalah nyawa hamba di mata TUHAN. Semoganya Dia melepaskan hamba daripada segala kesengsaraan.” https://alkitab.app/v/97a06030f88a Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Nyawa berharga" Daud sekali lagi berpeluang membunuh raja, ketika mereka memasuki perkemahan raja Saul bersama tiga ribu askar terpilih. Mereka sedang tidur nyenyak. Daud menghargai nyawa raja begitu juga nyawanya sendiri. Tuhan Yesus sanggup menyerahkan nyawa-Nya supaya nyawa kita tidak binasa (Matius 20:28). Mari kita berubah sebab nyawa berharga di mata TUHAN. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 31.10.2022.

Comments

Popular Posts