1 Samuel 17:48-49 (AVB) Pada waktu orang Filistin itu maju mendekat untuk menghadapi Daud, berlarilah Daud dengan cepat ke arah barisan perang musuh untuk menghadapi orang Filistin itu.
Daud menyusupkan tangan ke dalam kantungnya dan mengambil sebutir anak batu dari dalamnya lalu melontarkannya dengan tarbilnya. Batu itu tepat mengenai dahi orang Filistin itu dan terbenam di dalam dahinya, sehingga orang itu jatuh menyembam tanah.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Daud membunuh Goliat" pertarungan epik sepanjang zaman antara Daud dan Goliat. Daud tanpa pedang tetapi menggunakan batu kecil, batu itu umpama peluru senapang mengenai dahi Goliat. Semangat juang Daud membuka mindanya bertindak di luar kebiasaan. Dalam kehidupan kita pun akan bertemu masalah besar sebesar Goliat, percayalah Tuhan Yesus pasti memberi kita semangat juang untuk membunuh Goliat. Mari kita berubah supaya seperti Daud bersemangat juang membunuh Goliat iaitu cabaran hidup kita. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 22.10.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment