1 Samuel 25:37-38 (AVB) Pagi harinya, ketika pengaruh air anggur telah hilang daripada Nabal, isterinya menceritakan hal-hal itu kepadanya. Lalu terhentilah jantungnya di dalam dadanya dan dia pun menjadi seperti batu. Kira-kira sepuluh hari kemudian, TUHAN menyerang Nabal sehingga dia mati. Kopivosihan dan selamat beribadah. Bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Nabal yang kasar" Nabal seorang yang kaya tetapi kasar. Dia tidak mahu menghargai kebaikan Daud dan para pengikut Daud menjaga para pekerja Nabal di padang gurun. TUHAN menghukum Nabal dengan mencabut nyawanya. Tuhan Yesus mengajar kita penghukuman adalah kuasa TUHAN, kejahatan yang dilakukan ada hukuman. Mari kita berubah supaya tidak seperti Nabal yang kasar. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 30.10.2022.

Comments

Popular Posts