1 Samuel 16:22-23 (AVB) Lalu Saul menyuruh orang untuk menemui Isai dan berkata, “Biarlah Daud tetap berkhidmat kepadaku, kerana aku menyukainya.” Jadi, apabila roh jahat yang diizinkan Allah itu datang kepada Saul, maka Daud akan mengambil kecapi dan memetiknya. Setelah itu, Saul akan berasa lega dan nyaman, lalu roh jahat itu pun menjauhinya. https://alkitab.app/v/b4bb650b6253 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Saul berasa lega dan nyaman" Raja Saul mengalami masalah emosi yang dikaitkan dengan roh jahat. Tetapi dia berasa lega dan nyaman apabila mendengar muzik. Di dalam kebaktian kita disajikan dengan muzik. Muzik yang bagus boleh membuat kita berasa lega dan nyaman, seterusnya kita boleh memuji Tuhan Yesus dengan hati yang gembira. Mari kita berubah supaya belajar menikmati muzik supaya boleh berasa lega dan nyaman. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 21.10.2022.

Comments

Popular Posts