1 Samuel 15:24-26 (AVB) Kata Saul kepada Samuel, “Aku telah berdosa, kerana aku telah melanggar firman TUHAN dan kata-katamu. Aku takut kepada rakyat sehingga kata-kata mereka kuturuti. Sekarang, ampunkanlah kiranya dosaku dan kembalilah bersamaku supaya aku dapat beribadat kepada TUHAN.” Kata Samuel kepada Saul, “Aku tidak mahu kembali bersamamu, kerana engkau telah menolak firman TUHAN dan TUHAN pun telah menolak engkau sebagai raja atas orang Israel.” https://alkitab.app/v/abe4b225d05d Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Saul takut kepada rakyat berbanding TUHAN" Saul berjaya menumpaskan orang Amalek, tetapi dia lalai tidak memusnahkan semua yang ada pada orang Amalek seperti yang difirmankan TUHAN. Saul takut kepada rakyat berbanding kepada TUHAN. Tuhan Yesus memerintah kita supaya mengasihi semua seperti diri kita sendiri (Matius 19:19). Mari kita berubah supaya tidak seperti Saul takut kepada rakyat berbanding TUHAN. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.10.2022.

Comments

Popular Posts