TUHAN menguji orang yang benar, tetapi membenci orang durjana dan orang yang mencintai keganasan. Dia akan menghujani orang zalim dengan arang menyala; api dan belerang serta angin yang membakar akan menimpa mereka sebagai hukuman. Mazmur 11:5-6 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN menguji orang yang benar" Mazmur 11 bernada gembira memuji TUHAN, dia mengatakan bahawa orang benar diuji TUHAN, tetapi membenci orang durjana dan orang yang mencintai keganasan (ay.5). TUHAN menghukum orang zalim dengan api dan belerang serta angin membakar (ay.6). Pemazmur mungkin melihat sendiri peristiwa itu secara metafora, atau hanya harapan agar TUHAN menghukum serta memberi keadilan kepada manusia di muka bumi. Hari ini keadaan kita tidak jauh beza, keadilan TUHAN tetap berlaku demi kesejahteraan manusia. Orang benar diuji dengan kejahatan yang ada di sekelilingnya, kita pula berharap keadilan TUHAN. Semoga kita seperti TUHAN menguji orang yang benar tetapi bukan dihukum seperti orang zalim. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya diuji bukan dihukum. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Puncak Bukit Gumatung Kudat Malaysia 16.9.2026. Selamat Hari Malaysia ke-63.

Comments

Popular Posts