Bangkitlah, ya TUHAN, jangan biarkan manusia berleluasa;
biarlah bangsa-bangsa dihakimi di hadirat-Mu.
Timbulkan ketakutan dalam hati mereka, ya TUHAN,
supaya bangsa-bangsa itu sedar diri mereka hanyalah manusia. Sela
Mazmur 9:19-20
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Hanyalah manusia"
Mazmur 9 bernada sedih sebab dilatari oleh kematian anak raja Daud, walaupun begitu kata-kata Mazmur ini tidak menyambut tentang anak itu, mungkin Daud tahu dia layak dihukum oleh TUHAN kerana perzinaannya dengan isteri orang lain.
Dua kali Daud menyebut tentang keadilan TUHAN (ay.4,8) dan orang zalim dimusnahkan 3 kali disebut (ay.5,16,17).
Mungkin Daud sedang mengingatkan dirinya bahawa kezaliman membawa hukum daripada TUHAN.
Akhir sekali Daud ingatkan bangsa-bangsa bahawa mereka hanyalah manusia (ay.20), yang tidak tahan dengan penghakiman TUHAN.
Semoga kita ingat kita hanyalah manusia biasa, tidak perlu zalim, menidas, sombong sebab penghakiman TUHAN itu adil.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya sedar diri kami hanyalah manusia.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 14.9.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment