Mazmur 21:6-7 (TB)  (21-7) Ya, Engkau membuat dia menjadi berkat untuk seterusnya; Engkau memenuhi dia dengan sukacita di hadapan-Mu.
(21-8) Sebab raja percaya kepada TUHAN, dan karena kasih setia Yang Mahatinggi ia tidak goyang.

https://alkitab.app/v/2c5950339366

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini saya berkongsi tentang menjadi berkat seperti yang disebut dalam Mazmur 21. Daud telah menjadi berkat. Ramai diantara kita memohon berkat ini dan itu kepada TUHAN, tetapi untuk menjadi berkat ramai yang tidak mahu. Kata asal berkat adalah 'berakah' dalam bahasa Ibrani yang boleh bermaksud, hadiah atau menghadiahkan, berkat, pemurah dan terbuka. Berkat bersifat dua hala bukan sehala. Apabila kita berdoa memohon berkat bermaksud kita juga sedia memberi berkat bukan hanya menerima berkat. Tuhan Yesus semasa pelayananNya Dia menerima berkat dan memberi berkat. Dia menerima berkat daripada keluarga Marta dan Dia juga memberkati keluarga Marta. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak dapat memberi berkat tetapi hanya mahu menerima berkat. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 24.3.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

  1. Tkasih tn. Puji Tuhan. Mendengar dan membaca itu berkat. Bersyukur Kita sebab masih bernafas. Semuanya berkat usaha Kita Dan ianya datang dari berkat Tuhan. Amen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts