Mazmur 19:8-9 (TB)  (19-9) Titah TUHAN itu tepat, menyukakan hati; perintah TUHAN itu murni, membuat mata bercahaya.
(19-10) Takut akan TUHAN itu suci, tetap ada untuk selamanya; hukum-hukum TUHAN itu benar, adil semuanya,

https://alkitab.app/v/6381c2f4a875

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang perintah TUHAN itu menyukakan hati, tepat dan adil. Ada yang mempersoalkan perintah atau hukum TUHAN? Memang ada, Alkitab sendiri memberi contoh manusia mempersoalkan perintah TUHAN dan melawan TUHAN. Apa lagi perintah daripada pemerintah, arahan berada dalam rumah selama 14 hari ramai yang tidak mampu berbuat demikian. Kerajaan sesebuah negara adalah wakil TUHAN, sebab ada tertulis tiada kerajaan didunia terbentuk kalau bukan kehendak TUHAN. TUHAN Yesus juga tidak pernah melawan kerajaan pada zamanNya. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak dapat mengikut  perintah kerajaan. Salam damai untuk kita semua. Stay at home.
✝emanuelministry.blogspot.com 22.3.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

  1. Terbaik. Betapa senangnya mengikut perintah Tuhan Dan kerajaan dunia dgn ketendahan hati pastinya tertunai. Dgn tumpshnya kasih Kristus kpd Kita maka Kita juga tumpahkan kasih kpd seluruh umat yg lain agar terhindar dari musibah yg melanda dunia sekarang iaitu covid19. Kasih dan kerjasama amat mudah, teguhkan iman melalui kedua ini pastinya Kita hidup damai sejahtera. Padamlah keegoan dlm hati patuhi arahan Kristus. Renonglah agar tak takjadi daging yg busuk di tengah2 kelompok masyarakat yg dikasehi Tuhan. Amen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts