Mazmur 23:1-4 (TB)  Mazmur Daud. TUHAN adalah gembalaku, takkan kekurangan aku.
Ia membaringkan aku di padang yang berumput hijau, Ia membimbing aku ke air yang tenang;
Ia menyegarkan jiwaku. Ia menuntun aku di jalan yang benar oleh karena nama-Nya.
Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya, sebab Engkau besertaku; gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku.

https://alkitab.app/v/5a50201d79ed

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang TUHAN adalah gembalaku yang membimbing aku. Kata asal membimbing yang digunakan dalam ayat 3 adalah 'nachah' dalam bahasa Ibrani yang boleh bermaksud membawa, meletakkan, mengaruniakan. Apabila pemazmur mengatakan TUHAN membimbing dia bukan sekadar membimbing tetapi lebih daripada itu iaitu TUHAN meletakkan atau mengaruniakan pada satu posisi yang terbaik daripada keadaan sebelum itu. Kalau kita katakan TUHAN membimbing aku kita juga faham bahawa TUHAN menatang kita kesatu posisi yang lebih baik daripada keadaan kita sekarang. Tuhan Yesus tahu walapun dia melalui jalan salip iaitu penderitaan tetapi TUHAN membimbing Dia. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak mahu dibimbing oleh TUHAN. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 26.3.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts