Yosua 24:29-31 (TB)  Dan sesudah peristiwa-peristiwa ini, maka matilah Yosua bin Nun, hamba TUHAN itu, ketika berumur seratus sepuluh tahun.
Lalu ia dikuburkan di daerah milik pusakanya, di Timnat-Serah yang di pegunungan Efraim, di sebelah utara gunung Gaas.
Orang Israel beribadah kepada TUHAN sepanjang zaman Yosua dan sepanjang zaman para tua-tua yang hidup lebih lama dari pada Yosua, dan yang mengenal segenap perbuatan yang dilakukan TUHAN bagi orang Israel.

https://alkitab.app/v/2f8099583274

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Musim hujan sudah kembali, boleh dikatakan setiap hari hujan turun di KK, tidak pasti di tempat tuan puan, begitulah Tuhan Bapa kita di Surga setia memberikan musim yg tetap di semua tempat di muka bumi Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah kemangkatan Yosua bin Nun. Dikatakan sepanjang hidup Yosua memimpin bangsa Israel, mereka setia beribadah kepada Tuhan. Kita juga dapat saksikan tiada pemberontakan melawan Yosua berbanding pada zaman kepimpin Musa. Mungkin sudah pupus minda pemberontak di padang gurun setelah 40 tahun iaitu minda hamba orang Mesir. Hari ini sudah pupuskah minda orang kita hamba kepada kuasa kegelapan, atau mewarisinya pula?. Kalau masih suka memberontak dengan pemimpin itu tandanya minda hamba kegelapan masih ada. Semasa pelayanan Tuhan Yesus minda hukum Taurat para pengikut Tuhan Yesus masih kuat. Mereka cepat menghakimi, cepat menghukum. Ketika ada orang buta sejak lahir mereka temui, murid murid Tuhan Yesus cepat menuduh orang itu berdosa, ketika orang Samaria tidak menerima mereka, kalau boleh saat itu juga mereka mahu api dari Surga turun memusnahkan kota orang Samaria. Itulah minda Taurat. Kita hari ini minda apa yg kita pakai?. Cuba lihat keadaan anggota jemaat dalam naungan kita atau anak anak, isteri, menantu, cucu kita?. Itulah patulan cara kemimpin kita sama ada minda Taurat atau minda kasih karunia. Cuba kita amati dan fahami, pasti kita dapat rasakan Itu. Mereka taat sebab ketegasan kita atau mereka proaktif melayani tanpa dipaksa?.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 14.6.19

Comments

Popular Posts