Hakim-hakim 12:1-2 (TB)  Dikerahkanlah orang Efraim, lalu mereka bergerak ke Zafon. Dan mereka berkata kepada Yefta: "Mengapa engkau bergerak untuk memerangi bani Amon dengan tidak memanggil kami untuk maju bersama-sama dengan engkau? Sebab itu kami akan membakar rumahmu bersama-sama kamu!"
Tetapi jawab Yefta kepada mereka: "Aku dan rakyatku telah terlibat dalam peperangan yang hebat dengan bani Amon; lalu aku memanggil kamu, tetapi kamu tidak datang menyelamatkan aku dari tangan mereka.

https://alkitab.app/v/0060b0250330

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Pertengahan minggu selalunya kita semakin bersemangat, puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah suku Efraim marah dan hendak membunuh Yefta orang Gilead itu. Mereka dikatakan marah sebab, Yefta tidak memanggil mereka ketika berperang melawan bani Amon (keturunan Lot). Tetapi menurut Yefta suku Efraim sendiri yg tidak mahu menolong ketika dia meminta mereka menyelamatkan dia semasa peperangan terjadi. Susahkan kalau ada sikap begini. Iaitu sikap dengki terhadap kejayaan orang lain. Salah satu sebab kenapa Tuhan Yesus dibunuh oleh Sanhidren ialah kedengkian mereka. Hari ini dalam keluarga, dalam gereja dan dalam masyarakat kita sikap dengki masih ada. Setuju dengan saya?.Kita sendiri pun ada juga sikap dengki.  Ada yg tidak mengaku?.😅. Ingat baik baik, tiada buah yg baik daripada kedengkian, selain kemusnahan. Seperti cerita Yefta dan suku Efraim. Mengorbankan 40 ribu orang. Jika dibandingkan dengan anggota PCS 50 ribu orang hampir sama dengan kemusnahan yg diakibat oleh perang kedengkian Yefta terhadap suku Efraim. Mari kita bertaubat jangan layan perasaan dengki dalam diri kita, sebab buahnya boleh menghancurkan diri sendiri, keluarga, gereja dan masyarakat kita.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 26.6.19. KK

Comments

Popular Posts