Hakim-hakim 11:1-2 (TB)  Adapun Yefta, orang Gilead itu, adalah seorang pahlawan yang gagah perkasa, tetapi ia anak seorang perempuan sundal; ayah Yefta ialah Gilead.
Juga isteri Gilead melahirkan anak-anak lelaki baginya. Setelah besar anak-anak isterinya ini, maka mereka mengusir Yefta, katanya kepadanya: "Engkau tidak mendapat milik pusaka dalam keluarga kami, sebab engkau anak dari perempuan lain."

https://alkitab.app/v/5794c820c6de

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Mungkin ada sesuatu yg istemewa untuk anda hari ini, siapa tahu bertemu seseorang yg akan mengubah hidupmu. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah seorang lagi pahlawan orang Israel yg bernama Yefta. Kisahnya terkenal  sebab dialah satu satunya tokoh dalam Alkitab yang telah mempersembahkan anak perempuanya sendiri sebagai korban bakaran. Walhal dia boleh tebus anaknya itu dengan korban lain menurut hukum Taurat. Mungkin dia tidak minta nasihat para imam pada masa itu. Penting minta nasihat para pemimpin agama, jangan buat keputusan sendiri seperti Yefta. Selain daripada itu dikatakan Yefta adalah anak perempuan sundal. Sehingga ahli keluarganya mengusir dia sebab tidak mengaku dia adalah sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Kesiankan. Pernah anda dipandang rendah oleh ahli keluarga anda sendiri, dipulaukan, disindir dan mungkin diusir. Tuhan Yesus pun sebenarnya diusir dan bukan saja diusir tetapi mahu dibunuh oleh orang kampungnya sendiri, sudah tentu termasuk ahli keluarga terdekatNya turut serta mahu membunuh Dia. Sedihkan kalau begitu. Hanya semata mata Tuhan Yesus mengaku Dia adalah Mesias. Anda pernah diusir Sebab mengaku anda adalah orang percaya kepada Tuhan Yesus?.Yefta akhirnya dicari dan diangkat menjadi pemimpin oleh tua tua orang Israel. Ingat baik baik, siapa tahu orang yg kita usir, hina dan pulaukan suatu hari mungkin kita mencarinya untuk minta pertolongan. Malu besar kitakan. Jadi mari kita bertaubat kalau ada perasaan membeza bezakan anak, ahli keluarga, anggota jemaat dan sebagainya buang itu jauh jauh, jangan biarkan fikiran itu tumbuh dalam minda kita.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 25.6.19. KK.

Comments

Popular Posts