Hakim-hakim 13:1-3 (TB) Orang Israel melakukan pula apa yang jahat di mata TUHAN; sebab itu TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Filistin empat puluh tahun lamanya.
Pada waktu itu ada seorang dari Zora, dari keturunan orang Dan, namanya Manoah; isterinya mandul, tidak beranak.
Dan Malaikat TUHAN menampakkan diri kepada perempuan itu dan berfirman kepadanya, demikian: "Memang engkau mandul, tidak beranak, tetapi engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki.
https://alkitab.app/v/bbbcf88a6f29
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Mungkin ada yg cuti esok sebab ada sesuatu yg hendak dibuat. Saya cuti esok. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi kisah pahlawan orang Israel dari suku Dan. Ingat lagi nama nama anak Yakub?. Salah satunya bernama Dan. Dikatakan orang Israel melakukan perbuatan jahat lagi. Jahat disini bermaksud tidak beribadah kepada Tuhan Bapa kita di Surga. Anda beribadah kepada siapa hari ini? Akibat kejahatan itu orang Israel dikuasai orang Filistin selama 40 tahun. Punya lama.. Kita dikuasai oleh bangsa lain selama berapa tahun?..😅😅. Jangan jangan kita pun berbuat jahat juga, itu sebab bangsa kita dikuasi oleh bangsa lain. Ketika Tuhan Yesus dilahirkan, orang Israel sedang dijajah oleh orang Romawi. Masa itu siang dan malam bangsa Israel berdoa agar ada penyelamat yg bangkit untuk membebaskan mereka, akhirnya doa mereka dijawab. Hari ini kita pun sedang berdoa agar Tuhan Bapa kita di Surga membangkitan seorang pemimpin dari bangsa kita sendiri, siapa tahu andalah orang itu. Puji Tuhan. Tetapi kelakuan mesti dijaga dulu kalau mahu jadi pemimpin bermula dari ibubapa lagi. Seperti ibubapa Simson yg menjaga kelakuan mereka sebelum lahirnya anak mereka. Jadi kalau kita mahu anak kita menjadi pemimpin suatu hari nanti, siapa tahu akan jadi perdana menteri Malaysia atau ketua menteri Sabah, kita perlu jaga kelakuan kita, agar anak yg kita lahirkan berkenan kepada Tuhan Bapa kita di Surga. Amin..
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 27.6.19. KK.

Comments
Post a Comment