Hakim-hakim 17:4-6 (TB) Tetapi orang itu mengembalikan uang itu kepada ibunya, lalu perempuan itu mengambil dua ratus uang perak dan memberikannya kepada tukang perak, yang membuat patung pahatan dan patung tuangan dari pada uang itu; lalu patung itu ditaruh di rumah Mikha.
Mikha ini mempunyai kuil. Dibuatnyalah efod dan terafim, ditahbiskannya salah seorang anaknya laki-laki, yang menjadi imamnya.
Pada zaman itu tidak ada raja di antara orang Israel; setiap orang berbuat apa yang benar menurut pandangannya sendiri.
https://alkitab.app/v/3fb4391548d2
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari baru, minggu baru dan bulan baru. Puji Tuhan. Kita sudah habiskan 6 bulan pertama tahun ini, saya yakin sudah banyak kejayaan yg telah kita lakukan, paling tidak kita masih mampu bertahan untuk hidup sehingga hari ini, itu pun kejayaan terbesar kita juga.Amin. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi kisah seorang peribadi dalam kitab Hakim Hakim iaitu Mikha. Dikatakan ibu Mikha telah membuat patung perak kemudian Mikha menjadikan patung itu pusat penyembahan mereka. Mikha juga mentabis anaknya sendiri menjadi imamnya. Pelikkan dan lucu tindakan Mikha sebab sangat bertentang dengan hukum Taurat bangsa Israel iaitu hukum agama dia sendiri. Intah kenapa sampai begitu jahil kerohanian orang Israel pada masa itu. Mana sudah kemah pertemuan yg dibuat Musa? Mana sudah para Imam keturunan Harun dan orang Lewi yg sepatutnya mengajar hukum Taurat. Bukankah Musa sudah memperincikan hukum agama mereka dalam lima kita Musa itu. Kesian bangsa Israel pada zaman itu umpama kawan domba yg tidak bertuan. Sama seperti pada zaman Tuhan Yesus. Masyarat pada masa itu hilang fokus kepada Tuhan Bapa kita di Surga. Sebab dibelenggu oleh kuasa penjajah dan dikaburi oleh hukum agama yg tidak menurut hukum Taurat yg sebenar. Kita hari ini pun tidak jauh bezanya. Kita sudah dikaburi oleh semangat materialistik. Kalau boleh kita mahu memilik apa saja yg ada dalam dunia ini. Betulkan? Iman kita juga pun boleh dibeli oleh wang ringgit, sehingga maruah dan harga diri kita adalah kebendaan semata mata. Tiada lagi imej Tuhan Bapa kita di Surga dalam diri manusia. Terukkan dunia kita sekarang. Mari kita bertaubat kalau kita telah menilai diri kita dan orang lain dengan kebendaan. Sepatutnya kita menilai diri kita dan orang lain adalah dengan iman kita kepada Tuhan Yesus. Bukan benda dunia yg kita miliki.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 1.7.19 KK.

Comments
Post a Comment