Hakim-hakim 7:7, 12 (TB) Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Gideon: "Dengan ketiga ratus orang yang menghirup itu akan Kuselamatkan kamu: Aku akan menyerahkan orang Midian ke dalam tanganmu; tetapi yang lain dari rakyat itu semuanya boleh pergi, masing-masing ke tempat kediamannya."
Adapun orang Midian dan orang Amalek dan semua orang dari sebelah timur itu bergelimpangan di lembah itu, seperti belalang banyaknya, dan unta mereka tidak terhitung, seperti pasir di tepi laut banyaknya.
https://alkitab.app/v/45d1fab3e269
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hujung minggu tiba lagi, peluang dan ruang kita untuk melayani dan berehat. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi lagi tentang kisah Gideon. Dikatakan bahawa askar yg dipilih Tuhan Bapa kita di Surga hanyalah 300 orang untuk menghadapi askar orang Median dan Amalek yg seperti pasir di laut, tidak dapat dikira bilangan mereka. Tetapi Gideon memenangi peperangan itu dengan hanya 300 orang asker yg bersamanya. Sebab Tuhan Bapa kita di Surga yg berperang melawan askar orang Median dan orang Amalek. Semasa pelayanan Tuhan Yesus, Dia hanya memilih 12 orang murid sahaja, walhal Dia boleh memilih lebih ramai lagi daripada itu, kalau Dia mahu. Tetapi bukan bilang yg ramai yg Tuhan perlukan, tetapi kuasa Tuhan yg diperlukan dalam pelayanan. Begitu juga dalam gereja, kita cenderung melihat bilangan yg ramai barulah kita rasa sesuatu aktiviti itu berjaya. Tetapi kita tidak peduli adakah pekerjaanTuhan hadir atau tidak dalam sesuatu aktiviti itu. Perlu kita ingat bukan bilangannya tapi kehadiran Tuhan itu yg penting. Sayang kalau bilangan yg hadir ribuan orang tapi Tuhan Yesus tidak diberi ruang dalam acara itu.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 21.6.19. KK.

Comments
Post a Comment