Hakim-hakim 5:15 (TB)  Juga para pemimpin suku Isakhar menyertai Debora, dan seperti Isakhar, demikianlah Naftali menyertai Barak. Mereka menyusul dia dan menyerbu masuk lembah. Tetapi pihak pasukan-pasukan suku Ruben ada banyak pertimbangan.

https://alkitab.app/v/327a890bcd42

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Saya terpesona dengan kehadiran beratus  burung walet yang sedang bertebangan di tempat kerja saya. Mencari rumah mangkali itu. Macam mana rumah burung walet tuan tuan sudah ada sarang atau masih lagi kosong?. Hari ini saya ingin berkongsi tentang nyanyian Debora selepas memenangi peperangan bersama Barak bin Abinoam. Melekat di minda Debora tentang suku Ruben dan suku Dan yg tidak menyertai perang yg dilaungkan oleh Barak dan Debora. Dikatakan mereka banyak pertimbangan, mungkin sehingga perang sudah berakhir masih belum buat keputusan untuk ikut berperang. Kita pun begitu kadang kadang banyak pertimbangan, berfikir bukan dua tiga kali tapi kawan saya cakap berfikir 80 kali.😅. Semasa Tuhan Yesus terjun dalam pelayanan, Alkitab tidak mencatat tentang kisah Tuhan Yesus mempertimbang sesuatu, tetapi Dia bertindak dan bekerja selagi masih siang. Puji Tuhan. Kita macam mana?. Banyak bertindak atau banyak mempertimbangkan? Banyak isu dalam diri kita, keluarga, gereja, masyarakat malahan negara boleh diselesaikan segera kalau kita banyak bertindak daripada mempertimbangkan. Barak dan Debora sudah siap beperang kita masih belum buat keputusan mahu ikut berperang atau tidak. Orang lain sudah pergi ke bulan tetapi kita hidup dari bulan kebulan pun belum selesai😅. Apa lagi pergi ke bulan sebab banyak pertimbangan.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK 19.6.19.

Comments

Popular Posts