Hakim-hakim 4:8-9 (TB) Jawab Barak kepada Debora: "Jika engkau turut maju aku pun maju, tetapi jika engkau tidak turut maju aku pun tidak maju."
Kata Debora: "Baik, aku turut! Hanya, engkau tidak akan mendapat kehormatan dalam perjalanan yang engkau lakukan ini, sebab TUHAN akan menyerahkan Sisera ke dalam tangan seorang perempuan." Lalu Debora bangun berdiri dan pergi bersama-sama dengan Barak ke Kedesh.
https://alkitab.app/v/67d15653994c
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari selesa biasanya minda kita sudah bersedia untuk bekerja berbanding hari Isnin. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah seorang pahlawan perang orang Israel dari suku Naftali iaitu Barak bin Abinoam. Dikatakan dia tidak mahu maju berperang kalau nabi perempuan iaitu Debora tidak bersama sama dia. Satu satunya cerita dalam Alkitab seorang pahlawan lelaki tidak berani maju berperang tanpa nabinya bersama sama. Penakut mangkali dia ini, anda sanggup bawah isteri anda pergi berperang?..😅. Tidak dapat dinafikan semua lelaki yg sejati memerlukan sokongan perempuan. Begitu juga perempuan sejati memerlukan sokongan lelaki juga. Saya sokong sebenarnya tindakan Barak bin Abinoam mengajak Debora pergi berperang bersama sama. Barulah nabi perempuan itu tahu dahsyatnya dimedan perang. Tidak semudah bernubuat. Pelayanan Tuhan Yesus sendiri disokong oleh beberapa perempuan, ingat lagi 3 Maria itu. Hari ini pun para suami sangat memerlukan sokongan para isteri begitu juga sebaliknya. Kalau salah satu tidak memberi sokongan semakin hari gereja akan ketandusan pemimpin. Mungkin juga para suami yg tidak muncul muncul dalam gereja begitu juga para isteri mungkin mereka tidak mendapat sokongan dari pasangan mereka. Jangan cakap tiada, sebab kita ada contoh.. Jadi mari kita bertaubat contohi Debora dan 3 Maria yg menyokong Barak dan Tuhan Yesus. Hasilnya bangsa Israel mendapat pembebasan, begitu juga Tuhan Yesus hasinya kita dibebaskan dari kematian kekal.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 18.6.19.

Comments
Post a Comment